Sungai Petani: Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian seorang wanita yang ditemui terapung di sungai berhampiran pusat beli-belah di Pekan Lama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kematian mangsa masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, identiti wanita itu masih belum dikenal pasti setakat ini dan mangsa dianggarkan berusia lingkungan 30-an ke atas.
"Kecederaan dikesan pada muka dan kemaluan akibat dimakan haiwan.









