KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram, akan diketahui 20 Januari depan.Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes.Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan pada 10 hingga 12 Februari, 26 Mac, serta 16 dan 30 April 2027, sekiranya Azlan diperintah membela diri.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat berhujah Azlan membuat lima kali tuntutan perjalanan ke luar negara mengikut kelayakan beliau sebagai Menteri Besar pada 2013 hingga 2017, namun hasil siasatan mendapati perjalanan itu tidak pernah berlaku mengikut tarikh yang ditetapkan."Saksi pendakwaan ke-18 (SP18), bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Azlan, Herwardy Hashim dalam keterangannya menyatakan beliau telah diminta oleh tertuduh untuk memberikan nombor akaun milik tertuduh kepada SP10, bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tour (W) Sdn Bhd (SKTT) Shafiei Ismail bagi tujuan memasukkan wang yang diterima oleh SKTT ke dalam akaun milik tertuduh."Ini kerana tertuduh ingin membatalkan perjalanan yang telah diluluskan melalui pesanan tempatan (LO) tersebut dan ingin membuat perjalanan itu sendiri," katanya.Noralis berkata, berdasarkan keterangan SP17, bekas Penolong Akauntan di Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Mohd Aswad Abdul Razak, tuntutan perjalanan cuti seberang laut tidak boleh ditukar kepada tunai kerana khusus untuk perbelanjaan ke luar negara dan bayaran kepada ejen pelancongan telah disahkan Pejabat Menteri Besar."Keterangan ini turut disokong oleh SP12, Perbendaharaan Perlis Azmi Abdul Latif yang mana tertuduh tidak boleh mengambil wang ganti bagi tuntutan perjalanan cuti seberang laut tahun 2013 hingga 2017 yang telah dituntut. Sekiranya pembatalan perjalanan percutian ini dilakukan, pihak ejen pelancongan bertanggungjawab untuk membatalkan LO yang telah dihantar kepada mereka," katanya.Selain itu, Noralis berkata tindakan tertuduh meminta wang dikembalikan ke akaun peribadinya setiap tahun, bukan disebabkan kesilapan atau kesalahan yang tidak disengajakan."Sekiranya perjalanan dibatalkan, wang berkenaan sepatutnya dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Perlis, bukannya diserahkan kepada tertuduh," katanya.Sementara itu, peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan berkata, Kerajaan Negeri Perlis memperuntukkan dana tahunan kepada Menteri Besar bagi tujuan lawatan ke luar negara dan bagi mendapatkan peruntukan berkenaan, Azlan perlu menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan bagi membuat tempahan perjalanan."Keseluruhan proses tuntutan bagi perjalanan ke luar negara telah dilaksanakan secara telus. Pihak pendakwaan mendakwa beliau (Azlan) tidak melakukan perjalanan tersebut tetapi mengemukakan tuntutan bagi perjalanan berkenaan, namun pegawai penyiasat menyatakan
Kes tuntutan palsu dan wang haram: Azlan Man bebas atau bela diri diketahui 20 Januari

Key takeaways
Mahkamah Sesyen akan menentukan pada 20 Januari sama ada bekas Menteri Besar Perlis Azlan Man dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada 10 pertuduhan tuntutan palsu dan wang haram, dengan perbicaraan dijadualkan pada Februari, Mac dan April 2027 jika dia membela diri.
- Tarikh keputusan sama ada Azlan Man dipanggil membela diri atau dibebaskan ialah 20 Januari.
- Azlan Man menghadapi 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan perjalanan luar negara palsu antara 2013 hingga 2017 serta menerima wang haram.
- Jika membela diri, perbicaraan akan diadakan 10‑12 Februari, 26 Mac, serta 16 dan 30 April 2027.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kes tuntutan palsu dan wang haram: Azlan Man bebas atau bela diri diketahui 20 Januari (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsolehin12_627513.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)