KUALA LUMPUR: Honda Malaysia terus memainkan peranan dalam ekosistem automotif tempatan apabila operasinya kini membabitkan kira-kira 500 pembekal tempatan dan menyokong hampir 20,000 tenaga kerja di seluruh negara.
Ia diserlahkan menerusi pengeluaran Honda City Hatchback Baharu di kilang pemasangan Honda Malaysia di Melaka, yang menandakan kesinambungan aktiviti pembuatan syarikat di negara ini sejak memulakan operasi pada 2003.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkata pengeluaran model baharu itu bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, sebaliknya mencerminkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan pembuatan, inovasi dan pertumbuhan mampan.
"Pengeluaran ini mewakili lebih daripada sekadar pengenalan model baharu, ia mencerminkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan pembuatan, inovasi dan pertumbuhan mampan.









