NEW YORK: Trend ‘heightmaxxing’ dalam kalangan remaja lelaki yang mengambil ubat kanser bagi meningkatkan ketinggian badan mencetuskan kebimbangan pakar kesihatan.
Trend itu menyaksikan remaja mengambil erdafitinib, ubat yang digunakan untuk merawat jenis kanser pundi kencing tertentu, selepas mendakwa ia mampu membantu meningkatkan ketinggian.
Ubat yang turut dikenali sebagai ‘ERDA’ atau ‘Erta’ itu dilaporkan dibeli oleh remaja selepas mereka membaca perkongsian dalam talian mengenai kesan peningkatan ketinggian yang dikaitkan dengannya.
Doktor bagaimanapun memberi amaran supaya golongan muda tidak mengambil ubat berkenaan kerana ia berisiko menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang, selain belum terbukti mampu menjadikan seseorang lebih tinggi.









