MASJID TANAH - Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) Toyota Hilux tertera logo dan gambar calon Pakatan Harapan (PH) ditegur petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas meletakkan kenderaan di hadapan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram pada Sabtu.Kejadian berlaku ketika calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri tiba di pusat pengundian berkenaan sekitar jam 11 pagi bagi meninjau perjalanan proses pengundian.Seorang individu dipercayai ejen parti bertanding yang menyedari kehadiran kenderaan itu kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada petugas SPR kerana berada dalam lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.Petugas SPR kemudiannya menghampiri kenderaan terbabit sebelum meminta ia dialihkan dari kawasan berkenaan.Mengulas kejadian itu, Yunazri berkata, kenderaan berkenaan berhenti sebentar bagi menurunkannya sebelum pemandunya bertindak mengalihkannya selepas diarah berbuat demikian."Ketika kami sampai, kebetulan tempat itu yang kosong dan paling hampir dengan pintu masuk pusat pengundian."Kereta hanya parkir sekejap untuk turunkan saya,selepas itu, pemandu yang berada dalam kenderaan bertindak mengalihkannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat tinjauan di pusat pengundian berkenaan.Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR 1954), kawasan dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat mengundi diwartakan sebagai zon larangan bagi sebarang aktiviti dan bahan berkempen.Sementara itu, Yunazri berkata, beliau berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian di enam pusat pengundian yang dilawatinya sepanjang pagi.Katanya, secara keseluruhan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang isu besar dilaporkan.Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diberi perhatian khususnya membabitkan kemudahan untuk warga emas di pusat pengundian Kolej Matrikulasi Melaka di sini."Keadaan geografi di situ sedikit berbukit menyebabkan pengundi warga emas, khususnya di saluran satu dan dua, menghadapi kesukaran untuk sampai ke tempat mengundi."Selain itu, kerusi juga tidak mencukupi sehingga ada pengundi terpaksa berdiri selepas mendaki ke kawasan saluran mengundi."Kita sudah maklumkan kepada penyelia pusat mengundi supaya menambah kerusi bagi memudahkan urusan mereka," katanya.Beliau turut menyeru golongan muda, khususnya pengundi kali pertama supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.Katanya, berdasarkan tinjauannya, kadar kehadiran pengundi di beberapa pusat mengundi masih sekitar 20 hingga 30 peratus ketika tinjauan dilakukan.Yunazri menyasarkan sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi di kawasan berkenaan.
PRN Melaka: Pacuan empat roda berlogo Harapan bawa calon ditegur, langgar had sempadan 50 meter

Key takeaways
Kenderaan pacuan empat roda berlogo calon Pakatan Harapan di Melaka ditegur petugas SPR kerana berhenti dalam lingkungan 50 meter dari pusat pengundian SK Jeram pada Sabtu.
- Calon PH DUN Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri, tiba di pusat pengundian sekitar jam 11 pagi.
- Individu dipercayai ejen parti lain memaklumkan petugas SPR mengenai kehadiran kenderaan tersebut.
- Pemandu kenderaan mengalihkannya selepas diarah berbuat demikian oleh petugas SPR.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tiga individu ditahan, disyaki curi lapan pacuan empat roda
- Sinar Harian PRN Melaka: Pacuan empat roda berlogo Harapan bawa calon ditegur, langgar had sempadan 50 meter (this story)









