Isu pendidikan dan kuil merupakan antara perkara yang perlu diperbaiki dan dan ditangani kerajaan berkaitan masyarakat India di negara ini.
Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan akan menangani isu pendidikan, kuil Hindu, serta kebajikan masyarakat India yang berdepan kemiskinan di bandar dan estet.
- Anwar berkata isu pendidikan, bahasa Tamil, dan kuil Hindu perlu diberi perhatian serta dicari penyelesaian.
- Bantuan kerajaan seperti STR dan SARA tidak mengambil kira faktor kaum.
- Bantuan RM200 akan diberikan kepada setiap anak sekolah pada Januari depan merangkumi semua kaum dan aliran pendidikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Isu pendidikan dan kuil merupakan antara perkara yang perlu diperbaiki dan dan ditangani kerajaan berkaitan masyarakat India di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan perlu diberi perhatian pihaknya serta dicari penyelesaian mengenainya selain beberapa isu kebajikan membabitkan masyarakat India.
Menurutnya, antara perkara lain yang perlu ditangani termasuk berkenaan peniaga India serta kehidupan masyarakat India yang berdepan kemiskinan di kawasan bandar dan estet.
“Kita berbuat sebaik mungkin. Ada harus kita perbaiki, dalam bidang pendidikan, dalam bahasa Tamil, dalam sekolah Tamil.