MELAKA: Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berdasarkan portal myundi.com.my, keputusan tidak rasmi setakat jam 6.20 petang menunjukkan BN mendahului di DUN Asahan, Gadek, Sungai Udang, Lendu, Pengkalan Batu dan Machap Jaya.

BN meletakkan calon UMNO di DUN Asahan, Sungai Udang dan Pengkalan Batu, manakala Gadek dan Machap Jaya masing-masing diwakili calon MIC dan MCA.

Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di tiga DUN melalui calon DAP, iaitu Bandar Hilir, Ayer Keroh dan Kota Laksamana.