MELAKA: Enam lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) didahului Barisan Nasional (BN), menjadikan setakat ini gabungan itu mendahului lawan di 12 kerusi.
Berdasarkan portal myundi, keputusan tidak rasmi setakat jam 6.55 petang menunjukkan BN melalui calon UMNO mendahului di DUN Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau, Rim dan Serkam.
BN juga sedang mendahului di DUN Asahan, Gadek, Sungai Udang, Lendu, Pengkalan Batu dan Machap Jaya.
Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di satu lagi DUN, iaitu Klebang menerusi calon PKR, selain Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Kesidang yang semuanya diwakili calon DAP.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
