MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Asmah Samat, bersaing rapat dalam penjumlahan undi.
Setakat jam 7.30 malam, penjumlahan undi tidak rasmi menunjukkan Tuminah mendahului calon BERSATU itu hanya dengan majoriti 333 undi selepas ketinggalan sebelumnya.
Tuminah bertanding mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan satu lawan satu pada PRN kali ini.









