MELAKA: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, sekali gus mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.
Ini kerusi kedua dimenangi PN secara tidak rasmi selepas kemenangan di Paya Rumput.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, menang di kerusi itu dengan 10,624 undi.
Sementara Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan mendapat 5,655 undi, BERSAMA (730) dan BEBAS (102).










