Key takeaways
Pakatan Harapan menerima keputusan PRN Melaka ke-16 dengan hati terbuka dan menghormati mandat rakyat selepas memenangi empat kerusi. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menyatakan gabungan itu akan menjalankan bedah siasat menyeluruh untuk menilai prestasi mereka.
- Pakatan Harapan memenangi empat daripada 24 kerusi yang ditandinginya pada PRN Melaka ke-16.
- Empat kerusi yang dimenangi ialah Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.
- Hasil bedah siasat prestasi PH akan dibentangkan kepada Majlis Presiden untuk penelitian lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Melaka: Pakatan Harapan (PH) memenangi empat daripada 24 kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menurut keputusan tidak rasmi.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, gabungan itu menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka dan menghormati mandat yang diberikan oleh pengundi.
Beliau berkata, empat kerusi yang dimenangi PH ialah Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.
"Pakatan Harapan menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat Melaka.