BUKIT KATIL: Pakatan Harapan (PH) menerima pilihan rakyat Melaka selepas hanya empat kerusi daripada 24 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata PH menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diwakili DAP, iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.

"Berdasarkan keputusan tidak rasmi SPR, PH mememangi empat daripada 24 kerusi DUN yang ditandingi.

"PH menerima keputusan ini dengan terbuka dan menghormati mandat yang diberikan rakyat Melaka," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di sini malam ini.