Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata PH menerima keputusan PRN Melaka dengan hati terbuka dan akan memperkukuh gerak kerja bagi meningkatkan keyakinan rakyat.
MELAKA: Pakatan Harapan (PH) menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta menghormati mandat rakyat, meskipun hanya memenangi empat daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi, berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata keputusan itu akan dijadikan ruang untuk parti berkenaan menilai prestasi serta memperkukuh usaha dan gerak kerja, bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap gabungan itu pada masa hadapan.
“PH sentiasa percaya bahawa keputusan pilihan raya mempunyai dinamika tertentu dan boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH, di sini malam ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)