PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini, beliau berharap mandat yang diberikan rakyat negeri itu dapat diterjemah dengan penuh tanggungjawab.
“Tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Melaka, semoga amanah ini digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.
“Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.









