PH menerima tamparan paling hebat di Bukit Katil apabila Adly Zahari yang juga antara calon paling menonjol gabungan itu tewas.PETALING JAYA: PRN Melaka menyaksikan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi mengalami kekalahan, yang keempat berturut-turut selepas pilihan raya negeri di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.
PH hanya meletakkan 24 calon daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka, selain menjalin kerjasama pilihan raya dengan bekas sekutunya, Bersatu, yang bertanding di tujuh kerusi.
Gabungan pimpinan Anwar Ibrahim itu memenangi empat kerusi, berkurangan satu berbanding lima kerusi yang diraih pada PRN 2021.
Bersatu pula gagal memenangi sebarang kerusi, termasuk empat kawasan yang ditandinginya tanpa berdepan calon PH dan tiga lagi kawasan yang menyaksikan calon kedua-dua pihak bertembung.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)