PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul menamatkan saingan Eurovision Song Contest Asia 2026 di tempat keempat selepas mengutip 152 mata mewakili Malaysia menerusi lagunya, Bluest Sky, di Bangkok, Thailand, malam Sabtu.

Kedudukan itu menyaksikan Malaysia berada di belakang Filipina yang muncul juara dengan 211 mata, diikuti Thailand di tempat kedua dengan 170 mata dan Vietnam di tempat ketiga menerusi 164 mata.

Pada pertandingan itu, Aina turut menerima markah tertinggi daripada juri iaitu 12 mata masing-masing daripada Filipina dan Mongolia.

Sementara itu, Aina turut memperoleh 10 mata daripada Laos dan Thailand, selain lapan mata masing-masing daripada Korea Selatan dan Kemboja.