Gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang berkempen dengan tema penyatuan Melayu-Islam mencatat kemenangan besar dalam PRN Melaka.PETALING JAYA: Kebimbangan terhadap tema 'penyatuan Melayu' diperjuangkan PAS dan Barisan Nasional (BN) mendorong pengundi Cina di Melaka beralih menyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH), sekali gus membantu parti itu mempertahankan kubu kuatnya, kata seorang penganalisis politik.

Oh Ei Sun.Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, sentimen pengundi itu sebahagian besarnya berpunca daripada PAS yang menjadi antara pendukung utama tema 'penyatuan Melayu' menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan BN.

Kerjasama itu menghasilkan kemenangan di 24 daripada 28 kerusi yang ditandingi, manakala DAP memenangi kesemua empat kerusi yang ditandinginya bagi pihak PH, sekali gus mengekalkan dengan selesa dua kubu kuat majoriti Cina, Bandar Hilir dan Kota Laksamana, serta kerusi campuran Kesidang dan Ayer Keroh.