Petaling Jaya: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, 55, tampil dengan imej baharu selepas menjalani perawatan rambut, minggu lalu.

Hans berkata, perawatan rambut dibuat sebagai pembaharuan untuk imej dirinya dengan prosedur dijalani selama 14 jam bagi menanam semula anak-anak rambut yang sihat di kepala.

"Saya sekadar membuat sedikit pembaharuan dekat rambut saya. Diharapkan dalam tempoh tiga atau empat minggu ini akan nampak perbezaan baharu dari segi rambut saya.

"Ini (proses perawatan rambut) benda normal sekarang. Dulu, mungkin saya juga malu hendak bercakap mengenai kita buat benda itu atau benda ini. Tetapi, bila sekarang sudah ada teknologi, ubat-ubatan dan apa sahaja.