KUALA LUMPUR: Biarpun masih menerima tawaran, pelakon, Fatin Afeefa tetap dengan pendirian untuk bersara daripada dunia lakonan dan tidak bercadang kembali ke layar perak.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, berkata, keputusan meninggalkan kerjaya lakonan dibuat selepas mendirikan rumah tangga dan pendirian itu kekal sehingga kini.

Malah, pelakon yang mula menceburi bidang seni sejak berusia lapan tahun itu menganggap filem Bisikan arahan Opie Zami sebagai naskhah terakhirnya selepas menjalani penggambaran pada 2020.

"Saya sudah lama berhenti berlakon. Kali terakhir menjalani penggambaran adalah pada 2020 menerusi filem Bisikan. Saya berhenti selepas berkahwin dan rasanya pernah mengumumkan perkara itu ketika bertunang.