ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan perlu memberikan perhatian lebih adil dalam aspek pembangunan serta agihan peruntukan kepada Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang mempunyai populasi penduduk Melayu tinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pembangunan negara tidak seharusnya tertumpu di wilayah tertentu sahaja, sebaliknya perlu dilaksanakan secara inklusif dan seimbang bagi memastikan semua negeri berpeluang mencapai kemajuan setara.

Katanya, negeri majoriti Melayu perlu diberikan akses lebih luas kepada peluang pelaburan dan kemudahan ekonomi bagi membangunkan potensi wilayah masing-masing.

"Perkara ini amat penting dalam usaha memelihara kestabilan negara dan memperkukuh semula semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.