Kuala Lumpur: Rodrigo Holgado menafikan spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai antara pemain warisan yang bakal menyertai kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT).

Penyerang berusia 31 tahun berkenaan tampil membuat penafian itu menerusi laman Instagram miliknya, hari ini dengan komen ringkas: "Tidak betul. Saya akan terbang ke tempat lain."

Terdahulu, Arena Metro dan BH Sukan melaporkan terdapat dakwaan yang tersebar di aplikasi TikTok bahawa JDT bakal mengumumkan ketibaan seorang lagi pemain warisan yang sudah bebas daripada hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Akaun TikTok, EddyCodoz Kazama MrTabohz Amg mendakwa perkara itu akan diumumkan Khamis ini atau Selasa minggu depan.