KOTA BHARU – Seorang wanita merayu kepada orang ramai supaya membantunya mendapatkan RM3,000 bagi menampung kos pembedahan adik lelakinya yang menghidap kanser usus tahap empat sejak dua tahun lalu.

Noor Ainina Farajihan Mohd.Suhaimi, 30, berkata, dia kehabisan wang selepas adiknya Muhammad Asyraf, 25, menjalani pembedahan membuang usus kali keempat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, di sini, pada 15 Oktober lalu.

Katanya, kesemua wang sudah habis digunakan untuk rawatan adiknya yang juga orang kurang upaya selepas pembedahan itu.

“Wang simpanan pun sudah habis kerana ibu bapa saya tidak lagi bekerja atas faktor usia.