Sabtu lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, mengesahkan beliau telah menarik balik surat yang dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung 'penyingkiran' Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Surat itu juga difahamkan mengesahkan sokongan sebulat suara bekas 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap Tuanku Muhriz.

Ini membawa kita kepada soalan satu juta ringgit: Bolehkah kita meletakkan kepercayaan kepada Umno Negeri Sembilan? Adakah kata-kata mereka benar-benar ikhlas? Atau adakah ini satu lagi helah untuk cuba menjatuhkan pemerintah negeri?

Teguran terbuka Tuanku Muhriz terhadap Ismail baru-baru ini secara tidak langsung menggambarkan Ismail sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.