Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri selama dua hari bermula hari ini.
Key takeaways
Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat Malaysia bersama isteri dan menteri kabinet, menandatangani mesyuarat dua hala untuk memperkukuh hubungan strategik, termasuk perdagangan dan pelaburan.
- Macron melawat Malaysia pertama kali sejak 2017.
- Lawatan berlangsung dua hari bermula hari ini.
- Mesyuarat dua hala difokuskan pada peningkatan hubungan strategik dan kerjasama perdagangan serta pelaburan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PUTRAJAYA: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari bermula hari ini.
Kementerian Luar memaklumkan, ini merupakan lawatan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan tersebut pada bulan Mei 2017.
“Macron akan diiringi oleh isteri beliau Brigitte Macron serta Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan.
“Beliau dan isteri akan tiba di Kuala Lumpur pada hari ini dan akan disambut oleh Perdana Menteri serta isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.