Ohio: Seorang lelaki berusia 78 tahun menjadikan persaraannya sebagai peluang untuk mengembara ke seluruh Amerika Syarikat (AS) dengan misi mengunjungi kesemua 50 pesta (fun fair) negeri di negara itu, lapor NDTV.

Jim Chew yang bersara pada usia 75 tahun memulakan cabaran berkenaan selepas berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa jadual kerja tetap.

Dia yang sebelum ini mengendalikan syarikat pengurusan kondominium di Columbus, Ohio, mendapat inspirasi daripada minatnya terhadap Ohio State Fair serta laman Facebook Visit All 50 States.

Bagaimanapun, daripada mengunjungi kesemua 50 negeri, dia memilih untuk melawat pesta negeri yang dianjurkan di setiap negeri berkenaan.