SEREMBAN - Dua daripada tiga suspek yang ditahan kerana disyaki mendera seorang lelaki warga emas sehingga menyebabkan mangsa maut 4 November lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian di sebuah rumah di Rasah Jaya di sini itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Mengenai perkembangan kes bunuh membabitkan seorang lelaki warga emas berkerusi roda yang tular videonya didera sebelum ini, dua daripada suspek akan dituduh esok."Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak pendakwaan pada 13 November lalu dan mendapat arahan tuduh suspek mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurutnya, dua suspek yang akan dituduh ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang juga ahli keluarga mangsa, manakala seorang lagi suspek sebagai saksi pendakwaan.Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan berkenaan video tular menerusi TikTok memaparkan seorang lelaki warga emas berusia yang duduk di kerusi roda didapati dipukul menggunakan getah paip oleh seorang lelaki.Warga emas berusia 60-an itu telah meninggal dunia pada 4 November lalu.
Dua suspek dera warga emas hingga maut didakwa esok

Key takeaways
Dua daripada tiga suspek yang disyaki mendera seorang lelaki warga emas sehingga maut pada 4 November akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa. Kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- Kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada pihak pendakwaan pada 13 November lalu.
- Dua suspek yang akan dituduh merupakan seorang lelaki dan seorang wanita yang juga ahli keluarga mangsa.
- Seorang lagi suspek yang ditahan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan dalam kes ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tiga suspek kes dera warga emas direman tujuh hari
- Sinar Harian Dua suspek dera warga emas hingga maut didakwa esok (this story)









