KOTA KINABALU: Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang maut ditikam di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, di sini, Sabtu lalu.
Semua suspek berusia antara 18 hingga 30-an itu ditahan dalam beberapa tangkapan di sekitar Manggatal, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, tangkapan dibuat susulan siasatan lanjut berhubung kejadian berlaku awal pagi 14 November lalu.
"Setakat ini, tujuh sudah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.








