Kota Kinabalu: Lelaki yang maut ditikam di tangga bersebelahan premis perniagaan di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, awal pagi tadi, dipercayai cuba menghalang suspek daripada mengejar penjual makanan.
Mangsa, 31, dipercayai cuba membantu penjual makanan berkenaan yang sebelum itu bertengkar dengan suspek, 38, akibat perselisihan faham berkaitan perniagaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek mulanya bertengkar dengan penjual makanan sebelum cuba menikamnya menggunakan pisau lipat.
Bagaimanapun, katanya, penjual makanan berkenaan sempat mengelak dan melarikan diri sebelum dikejar suspek.









