Kuala Lumpur: Lelaki yang sebelum ini disyaki menyamar sebagai juriring Raja Muda Selangor, dihukum penjara setahun dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku atas dua pertuduhan menipu berkaitan pembelian hartanah.
Majistret, Amirul Asyraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman itu terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh.
Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak bermula tarikh tangkap.
Sementara itu, tunangnya, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan secara bersama.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
