JPJ gantung MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan fi dan saman selepas kedua syarikat itu tanggung tunggakan ratusan juta ringgit kepada jabatan itu, sejak Mei lalu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Zetrix AI Berhad mencadangkan penyelesaian bayaran tunggakan secara alternatif merangkumi bayaran pendahuluan RM100 juta sebelum dilantik semula bagi melaksanakan perkhidmatan kutipan hasil bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah, berkata cadangan itu dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan menerusi surat bertarikh 5 Nov.

Beliau berkata, baki tunggakan sebanyak RM214 juta pula akan dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan melalui enam bayaran ansuran bulanan sama rata berjumlah RM35.67 juta.