PERUBAHAN bumi Arab daripada hamparan tandus kepada kawasan menghijau mengingatkan manusia tentang kekuasaan Allah dan tanda-tanda akhir zaman.

Padang pasir sering digambarkan sebagai kawasan yang panas, kering dan tandus. Hamparan pasir yang luas, tumbuhan yang jarang-jarang serta sumber air yang terhad menjadi gambaran umum tentang keadaan geografi bumi Arab.

Namun, di sebalik landskap yang kelihatan gersang itu, ada satu gambaran menarik yang disebut oleh Rasulullah SAW berkaitan tanda-tanda kiamat, iaitu bumi Arab kembali menghijau dan dipenuhi sungai.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." (Riwayat Muslim, hadis 157).