ISTANBUL: Kesatuan Kebangsaan Pelajar Perancis (UNEF) memfailkan permohonan semakan kehakiman segera terhadap sekatan perhimpunan dan perarakan berhampiran sekolah serta kawasan universiti di wilayah Paris.

ia memberi alasan langkah itu mencabuli kebebasan bergerak, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik penyiar BFMTV.

Permohonan itu mencabar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa polis Paris yang melarang perhimpunan dan perarakan tanpa pemberitahuan dalam lingkungan 100 meter dari 10 sekolah menengah dan lima kawasan universiti di ibu negara itu, bermula Isnin hingga Jumaat.

Menurut pihak berkuasa polis Paris, satu arahan berasingan turut melarang perhimpunan dalam lingkungan 100 meter dari sekolah tertentu di wilayah pentadbiran Val-de-Marne, Hauts-de-Seine dan Seine-Saint-Denis.