Teluk Intan: Bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 17 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah, di sini, sejak 2024 hingga tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Zaidi Abbas, 56, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terbabit dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rafidah Che Aziz.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) fizikal itu dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar perempuan berusia lingkungan usia 13 hingga 15 tahun ketika kejadian dari Mei 2024 hingga Julai 2025.
Kejadian itu didakwa dilakukan pada masa dan tempat yang berlainan antaranya di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan dan di sebuah bilik khas serta kantin sekolah menengah berkenaan.








