KUALA LUMPUR: Bermula sebagai penari yang mencipta nama menerusi media sosial, pelakon baharu, Imranul Effendy kini melangkah ke fasa berbeza apabila pencalonannya dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-38 membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya.

Bagi Imranul, 28, atau mesra disapa Imran, pencalonan itu bukan sekadar pengiktirafan terhadap usaha yang dicurahkan, malah, menjadi dorongan untuk membuktikan kemampuan mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

Akui Imranul, penghargaan itu cukup bermakna memandangkan dia masih baharu dalam dunia lakonan selepas terlebih dahulu dikenali menerusi kandungan tarian di media sosial.

"Ini sesuatu yang amat saya harapkan sejak mula menceburi bidang lakonan. Pencalonan ini suatu penghargaan besar dan saya sangat menghargainya.