WASHINGTON: Pengguna di Amerika Syarikat (AS) melaporkan gangguan terhadap beberapa aplikasi perbankan utama dan portal perbankan dalam talian, menurut laman pemantauan gangguan perkhidmatan, Downdetector.com.
Antara institusi kewangan yang terjejas ialah Bank of America, JPMorgan Chase dan aplikasi pemindahan wang popular, Zelle.
Downdetector melaporkan aduan gangguan memuncak sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) sebelum mula berkurangan.
JPMorgan Chase dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X mengesahkan pihaknya mengalami masalah sementara berpunca daripada pepijat perisian dalam sistem perkakasan yang beroperasi di premis sendiri.









