WASHINGTON: Pengguna di Amerika Syarikat (AS) melaporkan gangguan pada beberapa aplikasi perbankan utama dan perkhidmatan perbankan dalam talian semalam.
Bagaimanapun, sebuah bank menafikan gangguan itu berpunca daripada serangan siber.
Menurut laman pemantauan Downdetector.com, antara perkhidmatan yang terjejas ialah Bank of America, JPMorgan Chase dan aplikasi pemindahan wang popular, Zelle.
Menurut Downdetector, laporan gangguan meningkat mendadak sekitar jam 2 petang waktu Timur AS (7 malam GMT) sebelum beransur reda.









