Presiden PBK Voon Lee Shan meragui kesediaan DAP bekerjasama dengan partinya dan menyifatkan DAP sebagai parti berteraskan kaum Cina bukannya berbilang kaum sebenar.PETALING JAYA: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan, berkata DAP Sarawak belum berhubung dengan partinya selepas gesaan untuk parti pembangkang mengelakkan perpecahan undi pada PRN bulan depan.
Voon berkata, beliau meragui kesediaan DAP bekerjasama dengan PBK, tetapi pada masa sama, beliau dilihat kurang berminat untuk membentuk pakatan dengan DAP yang disifatkannya parti berteraskan kaum Cina, bukannya parti berbilang kaum sebenar.
Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi usaha DAP Sarawak membentuk pakatan dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang memfokuskan kerusi majoriti Dayak.








