Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 2,389 mangsa daripada 759 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 7.20 pagi ini.
Angka itu berkurangan berbanding 2,490 mangsa daripada 786 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS direkodkan, jam 9 malam tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang terjejas banjir ialah Perak, Selangor dan Sarawak.
Perak kekal menjadi negeri tertinggi yang merekodkan mangsa banjir dengan seramai 1,195 orang daripada 440 keluarga dipindahkan ke 12 PPS di lima daerah.









