MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Korea Utara semalam, menjelang lawatannya ke China minggu ini, ketika Ukraine mendakwa Moscow menerima lebih banyak bekalan senjata dari Pyongyang.
Pembantu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, Jo Yong Won, berada di Moscow semalam untuk lawatan beberapa hari sebelum Putin dijadualkan bertemu Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
"Kami tidak akan melupakan keberanian pejuang Korea yang berjuang bersama anggota tentera Russia," kata Putin kepada pegawai Korea Utara itu.
Beliau berkata, Russia merancang membina sebuah monumen bagi memperingati perjuangan bersama anggota tentera Russia dan Korea Utara menjelang akhir tahun ini.









