Washington: Penggodam yang disokong kerajaan Korea Utara dilaporkan mencuri mata wang kripto bernilai lebih AS$400 juta (kira-kira RM1.63 bilion) dalam tempoh 18 bulan lalu dengan menggunakan rakaman imej individu secara rahsia untuk menyasarkan kenalan mereka, menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Khamis.
Menerusi skim kejuruteraan sosial yang dinamakan FBI sebagai 'FaceStealer,' mangsa diperdaya menyertai panggilan video menggunakan versi palsu perisian persidangan video seperti Zoom, Microsoft Teams dan Google Meet.
Mangsa menerima jemputan daripada kenalan sebenar yang pernah berinteraksi dengan mereka sebelum ini.
Bagaimanapun, akaun media sosial dan komunikasi kenalan terbabit sudah digodam manakala imej mereka dirakam secara rahsia.









