GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan pihak pengurusan Hospital Pulau Pinang (HPP) menasihati orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden kebakaran ambulans di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) di sini, semalam.

JKNPP dalam kenyataannya memaklumkan pihak hospital mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden jam 1 tengah hari.

"Kebakaran membabitkan ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di hadapan JKT HPP pada hari ini (semalam) sekitar jam 1 tengah hari.

"Kebakaran berlaku sejurus selepas ambulans berkenaan selesai membawa masuk seorang pesakit ke dalam JKT bagi mendapatkan rawatan lanjut.