KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi menarik lebih ramai pembeli rumah warga asing susulan tindakan Thailand membanteras penggunaan syarikat proksi bagi memintas sekatan pemilikan tanah, lapor South China Morning Post (SCMP).
Menurut laporan itu, pembeli warga asing di Malaysia boleh mendaftarkan kediaman yang layak, termasuk hartanah pegangan bebas, atas nama sendiri.
Urus niaga berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada nilai minimum pembelian serta kelulusan pihak berkuasa negeri.
Presiden Persatuan Perunding Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Anthony Liew, berkata kemudahan membeli hartanah atas nama sendiri mengurangkan keperluan warga asing menggunakan proksi.









