SEREMBAN: Istana Negeri Sembilan mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkaitan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja dalam kenyataan pagi ini, menjelaskan bahawa pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat tersebut, yang menurut Zambry sudah ditandatangani oleh Ismail.

"Di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, sebarang peletakan jawatan oleh Menteri Besar hendaklah dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dan hanya berkuat kuasa sekiranya diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa, pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan berkenaan," katanya.