Fahmi Fadzil turut memaklumkan sebanyak 13,883 kandungan deepfake diturunkan oleh penyedia platform digital atas permohonan SKMM dari 1 Jan 2024 hingga 31 Okt lalu. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membangkitkan isu buli siber dengan penyedia platform media sosial di Singapura pada pertengahan Disember ini, susulan kematian pasangan suami isteri yang mengendalikan syarikat fotografi Phoenix Pixels.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan kejadian itu amat menyedihkan dan mencerminkan masalah buli siber yang terus berulang, seperti kes pempengaruh A Rajeswary atau Esha yang meninggal dunia selepas berdepan buli siber.
“Memang ini satu isu amat menyedihkan,” katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) berhubung gejala buli siber yang semakin membimbangkan.










