Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata pemberian elaun ialah pengiktirafan terhadap pengorbanan masa serta tenaga sukarelawan yang kadangkala terpaksa meninggalkan urusan peribadi dan keluarga bagi membantu mangsa banjir. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi elaun kepada sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertugas semasa pengurusan bencana mulai tahun depan, tertakluk kepada syarat dan kriteria.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata keputusan itu pengiktirafan terhadap pengorbanan masa serta tenaga sukarelawan yang kadangkala terpaksa meninggalkan urusan peribadi dan keluarga bagi membantu mangsa banjir.








