SUNGAI PETANI - Seorang pekerja pembersihan maut digilis lori dipandu rakan sekerja dalam kejadian di Taman Kelisa Ria di sini sekitar jam 11 pagi Selasa.Mangsa, Mohamad Zaidi Ibrahim, 45, dipercayai sedang melakukan tugas kutipan sisa pepejal sebelum dikatakan terjatuh dari tempatnya berdiri atas lori tersebut.Difahamkan, kenderaan itu baharu sahaja berhenti melakukan kerja-kerja mengutip sisa pepejal dari rumah berdekatan sebelum mangsa terjatuh dan digilis ketika lori tersebut mula bergerak.Saksi kejadian, Azizan Ishak, 65, berkata, terdengar dentuman kuat ketika baharu sahaja pulang dari beriadah sebelum bergegas ke lokasi yang berjarak hanya beberapa buah rumah."Saya baru balik 'jogging' tiba-tiba terdengar bunyi kuat...saya pi tengok, sudah terbaring kat situ, nak tarik tak boleh sebab 'lekat' jadi saya panggil seorang lagi jiran...kami ajarkan dia mengucap," katanya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi."Sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi, sebaik tiba mendapati seorang lelaki berada di bawah lori sampah berkenaan."Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya.Pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian selepas mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pekerja pembersihan maut ketika bertugas

Key takeaways
Seorang pekerja pembersihan maut digilis lori ketika bertugas di Taman Kelisa Ria.
- Mangsa, Mohamad Zaidi Ibrahim, 45, terjatuh dari lori dan digilis ketika kenderaan bergerak.
- Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi Selasa semasa lori sedang mengutip sisa pepejal.
- Saksi mendengar bunyi kuat dan segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- November 3, 2026 at 10:13 PM GMT+8
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pekerja maut terkena renjatan elektrik ketika baiki lampu sekolah
- Sinar Harian Pekerja pembersihan maut ketika bertugas (this story)
- Free Malaysia Today Sukarelawan JKM bertugas ketika bencana terima elaun mulai 2027








