KUALA LUMPUR - Keputusan meluluskan pembaharuan pajakan tanah milik Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dengan premium nominal RM1,000 berbanding anggaran terdahulu RM4.67 juta perlu dijelaskan secara telus bagi mengelakkan persepsi pilih kasih.Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Wilayah Persekutuan, Dr Subash Chandrabose berkata, beberapa persoalan berhubung asas penetapan premium, prosedur kelulusan serta kesaksamaan layanan terhadap institusi lain perlu diberikan penjelasan terbuka."Isu ini wajar dilihat dari sudut tadbir urus, kepentingan awam dan prinsip keadilan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang sesebuah institusi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Subash berkata, pihaknya menghormati peranan KLSCAH sebagai institusi masyarakat Cina yang mempunyai sejarah dan sumbangan tersendiri di Kuala Lumpur termasuk usaha memelihara bangunan warisan."Namun, penghormatan terhadap sesebuah institusi tidak bermakna persoalan berkaitan pentadbiran tanah awam tidak boleh dibangkitkan. Kedua-dua perkara ini boleh berjalan seiring," ujar beliau.Subash memberitahu, antara perkara yang memerlukan penjelasan ialah formula penilaian dan pertimbangan teknikal sehingga anggaran premium RM4.67 juta berubah kepada RM1,000 selepas perubahan kategori tanah daripada komersial kepada institusi.Selain itu, beliau turut mempersoalkan sama ada kriteria dan pertimbangan khas yang diberikan kepada KLSCAH turut terbuka kepada institusi lain yang mempunyai kepentingan awam setara.Katanya, syarat serta mekanisme pemantauan juga perlu diperjelaskan bagi memastikan tanah itu terus digunakan untuk tujuan institusi dan pemeliharaan warisan seperti dipersetujui."Penjelasan mengenai tanah berkenaan tidak boleh dibangunkan untuk tujuan komersial juga merupakan faktor yang perlu diambil kira."Bagaimanapun, perkara itu tidak seharusnya menutup ruang kepada pertanyaan mengenai asas pengiraan, proses kelulusan dan konsistensi dasar," tambah beliau.Beliau berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa berkaitan dapat memberikan penjelasan menyeluruh bagi mengelakkan salah faham, spekulasi serta persepsi pilih kasih dalam kalangan masyarakat."Kita bukan mempertikaikan hak mana-mana komuniti untuk mempunyai institusi sendiri, sebaliknya mahu memastikan setiap komuniti mendapat layanan adil dan keputusan membabitkan tanah serta kepentingan awam dibuat secara telus," jelas beliau.
Premium tanah KLSCAH RM1,000: Elak persepsi pilih kasih - DHPP

Key takeaways
Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Dr Subash Chandrabose, menuntut penjelasan telus mengenai pelulusan pembaharuan pajakan tanah KLSCAH dengan premium RM1,000 berbanding anggaran RM4.67 juta bagi mengelak persepsi pilih kasih.
- Premium tanah KLSCAH diluluskan pada RM1,000 berbanding anggaran terdahulu RM4.67 juta.
- Dr Subash mempersoalkan formula penilaian dan perubahan kategori tanah daripada komersial kepada institusi.
- Beliau menuntut penjelasan sama ada kriteria khas KLSCAH terbuka kepada institusi lain yang setara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Status institusi punca premium tanah KLSCAH turun RM1,000
- Utusan Malaysia Kadar premium RM1,000 tanah KLSCAH sukar terima -Teo Kok Seong
- Free Malaysia Today Ahli Parlimen BN tuntut kerajaan dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH
- Sinar Harian Premium tanah KLSCAH RM1,000: Elak persepsi pilih kasih - DHPP (this story)








