KUALA TERENGGANU: Seramai 952 individu di Terengganu dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan kaedah pengiraan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Jumlah tersebut adalah berdasarkan had kifayah berbanding Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menerusi laporan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mencatatkan kemiskinan sifar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, perbezaan ketara itu berpunca daripada penggunaan kaedah penilaian berbeza oleh kedua-dua agensi berkenaan.

“PGK di Terengganu menetapkan pendapatan RM1,369 bagi kategori miskin tegar, manakala RM2,841 bagi kategori miskin.