KUALA LUMPUR: Bagi golongan profesional dan eksekutif muda yang berada di kemuncak kerjaya, pengurusan kewangan bukan lagi sekadar soal simpanan. Ia turut melibatkan usaha mengembangkan aset sambil menikmati pengalaman perbankan yang menyokong gaya hidup dan matlamat kewangan mereka.

Menerusi keahlian Maybank Privilege, pelanggan disokong khas oleh Penasihat Peribadi (juga dikenali sebagai Personal Advisor) bagi merancang matlamat kewangan, strategi pelaburan serta perlindungan masa depan.

Di samping itu, pelanggan turut menikmati perkhidmatan keutamaan di cawangan, jemputan khas ke acara rangkaian perniagaan, ganjaran eksklusif bulan kelahiran, serta potensi pulangan akaun simpanan bernilai tinggi sehingga 5.5% setahun menerusi akaun M2u Savers/-i.