Kuala Lumpur : Mengakui keterlanjuran akibat terlalu mengikut emosi, kakak kepada pempengaruh, Syida Melvin iaitu Syifa Melvin tampil memohon maaf secara terbuka kepada bekas adik iparnya, Shafiq Shaheen susulan tindakan keluarga mereka mengaibkan usahawan itu ketika siaran langsung di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Syifa yang juga isteri pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid mengakui dia bersama adik-beradiknya gagal mengawal emosi ketika berdepan kemelut membabitkan Syida dan bekas suaminya itu.
"Kepada Shafiq, kami minta maaf. Awak pernah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
"Kepada netizen, kami menerima segala kecaman kerana ini harga yang perlu kami bayar atas apa yang berlaku.









